NUEVO NICHE

Soften skin

Effective for achieving glowing skin, Korean glass-skin, and luminescent glow skin

lifting & firming

Improves skin barrier, leaving your skin feeling smooth and supple.

Instant brightening

Blurs out redness and uneven skin tone. Nourishes skin for a healthier and brighter complexion. Reduces redness and hyperpigmentation

moisturizing

Re-Hydrate skin and protects its moisture deep into skin to reduce sebum and excessive oil,

Daily Serum

Effective for anti-aging and skin healing. Achieving glowing skin, Korean glass-skin, and luminescent glow skin

ToneUp Cream

Blurs out redness and uneven skin tone. Nourishes skin for a healthier and brighter complexion. Reduces redness and hyperpigmentation

Primer

Improves skin barrier, leaving your make up feeling smooth and supple. Protects skin from harsh chemical ingredients in your cosmetics

Magic Filter Serum?

adalah serum ajaib yang membantu lelaki dan wanita Asia untuk mendapatkan kulit wajah yang berseri-seri tanpa mengenakan solekan yang tebal. Tidak seperti serum yang lain, Magic Filter Serum adalah serum tone-up pertama dari Malaysia. Ia menaikkan 2 tona warna kulit menjadikan kulit kelihatan lebih cerah berseri-seri sambil melindungi, mencerah dan merawat kulit wajah anda. Ia juga berfungsi sebagai primer solekan, krim tone-up, dan krim serum harian.  

Tone-Up Serum pertama dari Malaysia

NUEVO NICHE MAGIC FILTER TINTED TONE-UP SERUM merupakan Tone-Up Serum yang pertama dari Malaysia. Kepekatannya lebih tinggi berbanding serum lain. Serum ini juga boleh digunakan sebagai pelembap sebelum mengenakan solekan, kerana ia mengandungi rumusan yang mampu memberi kelembapan kepada kulit anda. Bahan yang digunakan adalah selamat, tanpa paraben, tanpa alcohol, dan hypoallergenik. Formulanya telah diuji serta telah menjalani ujian toxicologi, termasuk kajian carcinogenicity. Serum ini dihasilkan khas untuk mendapatkan kesan kulit yang kelihatan lebih cerah dan mulus seperti memakai filter pada kulit wajah, sekaligus memberi keyakinan kepada anda.

Mengandungi Castor Oil

Serum Magic Filter diperkaya dengan CASTOR OIL. Komponen utama Castor Oil adalah ricinoleic acid yang telah terbukti mempunyai sifat anti-radang, anti-microbial dan analgesic (penahan sakit). Oleh itu, ia mampu mengurangkan kemerahan dan keradangan kulit. Beberapa kajian  menunjukkan Castor Oil juga tinggi dengan Vitamin-E yang dapat membantu mencerahkan kulit dan meningkatkan penampilan secara keseluruhan. Castor Oil juga bersifat menyembuhkan luka dan parut pada muka dengan menggalakkan pertumbuhan tisu dan mengurangkan iritasi. Castor Oil adalah formula baik untuk anti-jerawat. Ia bersifat anti-microbial yang mencegah pertumbuhan bakteria pada kulit dan mengurangkan risiko jerawat. Tambahan lagi, Castor oil adalah pelembap semulajadi dan emolien yang mampu melembapkan kulit dan mencegah kekeringan. Maka, serum Magic Filter adalah produk yang baik untuk orang yang mempunyai kulit sensitif.

mengandungi Rose water

MAGIC FILTER SERUM mengandungi Rose Water. Rose water terkenal dengan sifat astrigen semulajadi yang dapat membantu menegangkan kulit, mengecilkan liang pori dan menghasilkan penampilan kulit yang cerah dan berseri. Ia juga sangat bagus untuk melembapkan kulit kerana bersifat humektan semulajadi, yang bermaksud ia membantu mengekalkan kelembapan kulit. Tambahan pula, rose water terkenal dengan sifatnya yang anti-radang. Ia membantu menenangkan iritasi kulit, mengurangkan kemerahan dan keradangan. Rose water juga mampu melindungi kulit dari kerosakan radikal bebas dan memperlambatkan proses penuaan. Ini kerana ia kaya dengan antioksida dimana ia menggalakkan penghasilan kolagen, sekaligus meningkatkan keanjalan kulit. Kesimpulannya, serum Magic Filter sangat sesuai untuk mereka yang ingin merawat kulit kering, keradangan dan kedutan. 

Mengandungi Ekstrak Centella Asiatica (Cica)

MAGIC FILTER SERUM mengandungi ekstrak Centella Asiatica (Cica) atau ekstrak Gotu Kola. Ekstrak Cica kaya dengan antioksidan iaitu dapat membantu melindungi kulit dari kerosakan radiakal bebas dan melambatkan proses penuaan. Ia menggalakkan penghasilan kolagen supaya dapat meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan kedutan pada wajah. Ia juga membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan penampilan tompok gelap dan hiperpigmentasi. Mengikut kajian, Cica mengandungi triterpenoid yang mampu membantu melembapkan kulit dan mengunci kelembapan itu. Kajian lain mendapati Cica mempunyai sifat anti-radang dimana ia membantu menenangkan kulit yang teriritasi dan mengurangkan kemerahan serta keradangan. Ia sangat bermanfaat untuk orang yang mempunyai kulit sensitif. Ekstrak Cica telah terbukti dapat meningkatkan pemulihan luka dan mengurangkan penampilan parut. Ini bermaksud ia sangat baik untuk orang yang mempunyai kulit berjerawat. Serum Magic Filter diformulasikan khas untuk mengatasi masalah seperti kedutan atau garis halus, kulit yang kusam, kering, sensitif dan berjerawat.

Kaya dengan Vitamin C

MAGIC FILTER SERUM diperkaya dengan Vitamin C. Asid Askorbik adalah antioksidan yang kuat yang mampu melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas yang disebabkan oleh pencemaran dan radiasi UV. Ia juga membantu dalam menggalakkan penghasilan kolagen pada kulit, sekaligus dapat mengurangkan garis halus dan kedutan pada kulit. Selain itu, Vitamin C memberi perlindungan dari sinar UV. Telah terbukti melalui kajian saintifik bahawa Asid Askorbik melindungi kulit dari kerosakan UV dengan meneutralkan radikal bebas dan mengurangkan keradangan (pengelupasan, bengkak, kemerahan, gatal-gatal, dan alergi) yang disebabkan oleh radiasi UV. Tambahan lagi, ia mampu mengurangkan penampilan tompok gelap dan hiperpigmentasi dengan menghalang penghasilan melanin. Oleh itu, Serum Magic Filter sesuai untuk orang yang mempunyai masalah kulit kusam, kendur, dan berkedut.

Mengandungi Ekstrak Aloe Vera

MAGIC FILTER TINTED TONE-UP SERUM mengandungi Aloe Vera (ekstrak daun Aloe Barbadensis). Aloe vera adalah humektan semulajadi, bererti ia membantu mengekalkan kelembapan kulit. Ekstrak daun aloe barbadensis juga mempunyai sifat anti-radang yang melegakan kulit yang beriritasi serta mengurangkan kemerahan dan keradangan kulit. Ini kerana, telah terbukti bahawa aloe vera bersifat menyembuhkan luka, menjadikannya bahan yang sangat baik bagi orang yang mudah berjerawat atau mereka yang ingin mengurangkan parut dan hiperpigmentasi. Selain itu, ia juga mengandungi antioksidan yang dapat membantu melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas dan melambatkan proses penuaan. Tambahan lagi, aloe vera mengandungi enzim yang membantu menggalakkan penghasilan kolagen. Penggunaan aloe vera di dalam serum secara berkala dapat meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan garis halus atau kedutan pada wajah. Terdapat kajian yang mendakwa ekstrak daun aloe barbadensis juga bersifat astringent (penyegar) semulajadi. Ini bermakna ia dapat membantu menganjalkan dan mengencangkan kulit, mengecilkan liang pori, serta menjadikan wajah kelihatan lebih cerah berseri-seri. Ringkasnya, ekstrak Aloe Vera menjadikan serum ini sangat baik untuk orang yang mempunyai kulit kering, berjerawat, kusam, dan kendur, yang ingin kelihatan berseri-seri dan lebih muda.

Mengandungi Kolagen

MAGIC FILTER TINTED TONE-UP SERUM mengandungi Kolagen. Kolagen ialah protein semualajadi yang dihasilkan oleh tubuh kita dan merupakan komponen penting dalam kulit bagi memberikan struktur, kekemasan dan keanjalan kulit. Semakin meningkat usia, penghasilan kolagen juga semakin perlahan, menyebabkan pembentukan kedutan dan garis halus pada wajah. Kolagen dalam serum ini membantu meningkatkan keanjalan dan kekenyalan kulit, menyebabkan kulit kelihatan lebih muda dan kurang kedutan. Selain itu, ia dapat meningkatkan tekstur kulit dengan menghaluskan dan memperbaiki kulit yang kasar atau tidak sekata. Kolagen juga amat bagus untuk melembapkan kulit wajah kerana ia mengekalkan kandungan air semulajadi dalam kulit sekaligus mencegah kekeringan kulit. Ia juga dapat membantu memperbaiki parut dan mempercepat proses penyembuhan kulit yang rosak. Pemakaian kolagen secara berterusan dapat membantu meningkatkan kecerahan kulit dan mengurangkan noda gelap dan hiperpigmentasi. Serum Magic Filter dicipta untuk membantu melawan tanda-tanda penuaan ini dengan meningkatkan jumlah kolagen dalam kulit tanpa melakukan rawatan laser. 

Mengandungi Virgin Coconut Oil

MAGIC FILTER TINTED TONE-UP SERUM mengandungi Virgin Coconut Oil. Ia adalah sumber alami yang mengandungi asid lemak sederhana (MCFAs), termasuk asid laurik, yang boleh memberikan pelbagai manfaat untuk kulit. Antaranya ialah ia bersifat anti radang di mana ia membantu mengurangkan kemerahan dan iritasi kulit. Ia juga dapat mengurangkan risiko jerawat dan masalah kulit yang berkaitan dengan keradangan. Virgin Coconut Oil sangat dikenali sebagai alternatif baik untuk mencegah penuaan. Ini kerana ia bahan antioksidan yang dapat melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas dan memperlambatkan proses penuaan. Virgin Coconut Oil juga terbukti secara saintifik mampu memberi perlindungan UV. Ini kerana ia mengandungi asid lemak medium-chain triglyceride (MCT) yang diketahui dapat melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinar UV, sekaligus meminimumkan risiko kanser kulit. Ia juga dapat mengurangkan kesan kulit menjadi gelap dan hiperpigmentasi yang disebabkan oleh sinar UV berlebihan. Ia juga menggalakkan penghasilan sel kulit baru, menjadikan kulit lebih anjal dan sihat. Virgin Coconut Oil digunakan secara meluas sebagai pelembap kulit. Ia sangat kaya dengan asid lemak, menjadikannya ia bahan terbaik untuk mereka yang mempunyai kulit kering. Serum Magic Filter diformulasikan untuk mereka yang ingin meremajakan kulit disamping memberi kelegaan kepada kulit yang sensitif.

Tips : Kehadiran Virgin Coconut Oil didalam produk skincare mahupun kosmetik tidak mampu menyebabkan kulit menjadi berminyak kerana kuantitinya yang kecil. 

mengandungi SPF 50+ PA+++

MAGIC FILTER SERUM mengandungi SPF 50+PA++++ yang terbukti dengan kajian saintifik dapat melindungi kulit dengan mengurangkan pendedahan secara langsung kepada matahari sebanyak 90%. Dalam serum penjagaan kulit, SPF berfungsi dengan memberikan penghalang antara kulit anda dan sinar matahari yang berbahaya. Kandungan dalam SPF seperti zinc oxide memantulkan sinar UV dari kulit anda, dan penghalang kimia seperti oxybenzone menyerap radiasi UV sebelum ia menembusi kulit. Apabila anda menggunakan serum ber-SPF, serum itu mencipta lapisan perlindungan yang terletak di atas kulit anda dan melindunginya daripada sinar UV. Lapisan ini membantu mencegah kulit melecet, penuaan awal, dan jenis kerosakan kulit lain. Oleh itu, SPF di dalam serum dapat membantu merendahkan risiko kanser kulit. Selain itu, ia membantu mengurangkan kesan kulit menjadi gelap yang disebabkan oleh pendedahan kepada sinar UV berlebihan. Serum Magic Filter dihasilkan khas supaya anda dapat mengatasi masalah kulit berjeragat dan hiperpigmentasi serta mengembalikan keremajaan kulit anda.

Serum Magic Filter
dijamin selamat

Made in Malaysia

Tahukah anda, produk yang dihasilkan dari luar negara selain Asia kebanyakkannya tidak sesuai untuk orang Asia. Ini kerana formula yang dihasilkan berbeza mengikut jenis kulit orang lokal, iklim dan cuaca negara mereka. Sebagai contoh, Korea Selatan adalah negara beriklim sejuk dan kering, jadi kebanyakan formula produk mereka mempunyai kandungan minyak yang tinggi supaya dapat memberi kelembapan kepada kulit. Hasilnya, pengguna akan memiliki kulit yang glowing. 

Berbeza pula dengan kita, kulit orang Malaysia lebih cenderung kepada jenis kulit berminyak dan combination kerana cuaca yang panas dan lembap. Jika anda mengenakan produk yang tinggi kandungan minyak, kulit anda akan lebih berminyak dan mengakibatkan jerawat. 

NUEVO NICHE MAGIC FILTER SERUM dihasilkan dan dikilangkan di Malaysia. Ini bermakna, formula serum ini dirumuskan khas  dan bersesuaian untuk kulit orang Asia Tenggara. Produk ini telah melalui ujian klinikal oleh ahli kimia (chemist) yang diiktiraf. Ia juga adalah produk yang berdaftar dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), bernotifikasi KKM NOT230205159K

Produk ini dijamin selamat dan boleh digunakan tanpa was-was.

Apa Kata Mereka?

Kulit nampak halus, pori-pori besar nampak kecil. Kulit rasa sangat lembut
Nadhira
Subang
Pernah pakai produk Korea yang tone up jugak tapi lama-lama muka jadi berminyak teruk kalau tak basuh. Magic Filter serum ni best, tak berminyak walaupun tak basuh. Saya dah try pakai sebelum tidur dan bangun pagi esoknya, muka tak berminyak. Pori-pori nampak blurr, jerawat makin kecil. Tak menyesal beli produk local tapi kualiti international.
Asma
Damansara
Magic Filter serum ni guna macam tu pun dah cun, lagi-lagi kalau tambah dengan moisturiser dan sunscreen, flawless dan glowing muka. Cik Hubby asyik tanya kenapa makin glowing je muka ni.
Sara
Kajang

Produk yang best. Saya pakai setiap hari bila kat rumah. Husband tanya kenapa kat rumah pun berseri-seri, selalu pucat je muka. Saya siap recommend dekat kawan-kawan. (Fikah,JB)

Saya impressed dengan produk ni. Kulit saya kering, sekarang dah lembap-lembap glowing gitu. Tak caya pulak ni produk local. (Ima, Shah Alam)

First time dengar serum tone up. Memang best sangat, kulit nampak glowing especially bawah cahaya matahari. Dia ada glitter sikit tapi tak obvious pun. Makin banyak pakai makin glowing (Azura, Puchong) 

Kulit kering elok pakai ni sebab ada castor oil. Kulit jadi lembap tapi tak berminyak dan tak melekit (Hazwani, Putrajaya)

Acik suka serum ni sebab tak macam serum biasa. Kulit rasa lembut dan tegang. Kedut-kedut kat muka pun makin kurang. Kawan-kawan Acik tegur muka acik makin muda, anak sedara cakap kulit acik lembut sangat. Macam biasalah, semua produk kena pakai consistent baru nampak kesan, jangan expect pakai sehari terus cantik ye anak-anak (CikRos, Kota Bharu) 

Saya rasa muka saya makin kurang jerawat bila pakai serum ni. Baru pakai sebulan, jerawat dah banyak kurang pastu kulit makin cerah. Pakai sebelum tido lagi elok , bila bangun pagi kulit rasa lembut sangat. Lepas skincare, pakai lagi sebagai primer mekap. (Liza,Cyberjaya)

I ada kulit sensitif, jadi tak semua serum sesuai dengan kulit. Tapi serum ni best sangat sebab dia melegakan kulit sensitif. I perasan yang skin barrier I makin elok lepas pakai serum ni. (Ain, Kuantan)

Kulit rasa sejuk bila pakai Magic Filter serum. Sesuai untuk lelaki sebab kami tak mekap orang perempuan. Ramai tegur kulit kami nampak berseri dari biasa. (Syed, Alor Setar)

Kulit rasa lemas pakai foundation tebal sangat. Pakai magic filter serum dah cukup dah. Dia buat kulit rasa selesa bernafas. Sekarang saya lagi prefer tak pakai mekap tebal-tebal. (Aina, PJ)

Saya kulit sensitif sangat. Mula-mula takut nak try, tapi Magic Filter ni ringan je untuk kulit sensitif tak macam serum lain. Rasa sejuk-sejuk, sangat sesuai dengan kulit. (Nik, Kota Bharu)

Rugi baru jumpa serum ni sebab dia buat muka jadi nampak flawless. Masa mula-mula pakai tak nampak beza sangat, tapi lama-lama ramai orang tegur kulit makin glowing. Joe kan lelaki, memang tak pakai mekap tapi kulit makin tegang dan gebu. Yang penting orang cakap muka Joe nampak makin muda. (Johan, KL)

Kulit rasa dah tak kering macam dulu. Kawan-kawan pun tegur muka Ina makin berseri-seri. Dia ada Virgin Coconut Oil yang buat kulit jadi lembut sangat. (Haslina, Subang)

Dulu masa bangun pagi, kulit rasa kering dan berminyak teruk dekat zon-T. Sekarang bangun pagi, excited tengok cermin sebab kulit rasa lembut macam bukan baru bangun tidur. Kulit jadi gebu macam orang Korea, tegang macam 20-an dulu. Jangan pakai banyak sangat nanti tercantik macam Nora Danish. (Lisa , Sepang)

Kulit fafa semakin sembuh dan tak sensitif macam dulu. Makin lama pakai serum ni makin best. Tak sabar tunggu muka glowing macam orang Korea. Fafa memang suka kalau serum ada vitamin C sebab parut jerawat makin kurang, pori-pori mengecil, dan kulit rasa sihat. (Fafa, Rawang)

Saya try Magic Filter serum kat sebelah kanan muka dan serum lain kat belah kiri. Belah kanan jadi tegang dan glowing. Umur 30-an ni kena la pakai serum yang ada collagen baru awet muda. Saya guna serum ni dengan  moisturiser dan sunscreen. Effect dia memang glowing, puas hati! (Nadiya, Subang)

Duduk kat rumah akak pakai serum je dah ok sangat, kulit rasa selesa sikit. Senang sebab dia meresap ke dalam kulit macam serum biasa, jadi bila nak berwudhuk tak perlu risau sebab dia telap air. Kalau tak pakai sunscreen pun takpe sebab serum ni dah ada SPF50. Nak keluar baru akak pakai serum dengan sunscreen, jimat sunscreen akak. (Nurul, Shah Alam)

Saya guna serum ni sebelum tidur. Husband ingat saya pakai mekap masa nak tidur, baru dia tahu bini dia nak tidur pun melaram. Malam-malam tak perlu pakai sunscreen, jadi bagus juga pakai serum ni sebab dia ada SPF50+. Walaupun tak kena matahari, cahaya UV dari handphone kita pun bahaya. At least terlindung juga kulit saya waktu malam. Lepas pakai cleanser, saya buh moisturiser dengan magic filter serum dulu. (Nadiah, PJ

Dia menaikkan 2 warna tone kulit. Saya kulit gelap, jadi agak risau kalau nak cuba cream jenis tone up. Tapi Magic Filter Serum ni tak buat jadi kelabu pun. Kulit nampak cerah sikit dan glowing macam kulit yang sihat. (Akhtar, KL)

Puas hati pakai. Sikit-sikit nak tengok cermin. Kulit rasa lembut dan bouncy macam dalam iklan, toink toink. (Mira, JB)

Kat Malaysia tak pernah dengan lagi mana-mana brand yang buat tone-up serum. Saya cuba Magic Filter ni sebab dia formulated dari Korea, maksudnya produk ni level-level international. Tengok tekstur pun tahu memang produk berkualiti  (Bella, Ampang)

Kadang-kadang rasa malas pakai mekap tebal, so serum ni memang penyelamat lah. Boleh guna sebagai tone up cream, pakai lebih dari biasa akan nampak effect glowing macam orang Korea. Yuni tambah sikit liptint & mascara, terus jadi orang Korea (Ayuni, Damansara)

Add testimonial description here. Edit and place your own text.

John Doe

Codetic

Kulit rasa tegang
John Doe
Designer

Add testimonial description here. Edit and place your own text.

John Doe

Codetic

Add testimonial description here. Edit and place your own text.

John Doe

Codetic

Tinted tone up serum

NUEVO NICHE